KLIK BANNER NIH UTK DAPATKAN DUIT HANYA DUDUK DEPAN P.C.

numenmail.com

Wednesday, October 04, 2006

PENEMUAN MENARIK BERKENAAN KHINZIR

BABI......SATU LAGI RAHSIA!
Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia
diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian umat Islam mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan moden, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi.
Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan 2 ekor ayam
jantan beserta 1 ayam betina, dan 2 ekor babi jantan beserta 1 babi betina Mengetahui hal itu, mereka bertanya,
"Untuk apa semua ini? "Beliau menjawab,"Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.
Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri,hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.
Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was,kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.
Sesungguhnya, penyakit yang dihidapi setiap manusia adalah berpunca daripada diri sendiri yakni usus. Berpunca dari cara pengambilan makanan dan cara memanfaatkan tenaga yang terhasil dari pemakanan itu sendiri. Ramai orang tidak tahu kebenaran itu dan jika ada yang tahu pun, mungkin hanya segelintir sahaja. Dan dari segelintir itu pula, ada yang tidak mempedulikannya.

Thursday, September 28, 2006

KISAH BENAR DARI SEORANG SAHABAT

DIAMBIL DARI `INBOX EMAIL' SAYA
Assalamualaikum, I feel its a good to relay to everyone kisah benar yang
saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn
rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan
berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada
banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang
tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke
surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah
berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam
bahasa Melayu dan Inggeris (speaking landong lagi) yang agak baik. Beliau
cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau
'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang
betul-betul juga.

Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya
betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan
jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah
Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita,
kata pak cik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti
ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi
tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak
cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena
dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi,
katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab,
dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai
ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun,
insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan
orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul
juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang.
Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda.

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana
ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu
ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati
tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata
pakcik.

Ketiga, kuat fizikal.

Kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik.
Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal.
Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta
diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima
kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya
sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.
Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak.

HIKMAH BERSUJUD

BANYAK FAEDAH DAN KESAN KETIKA BERSUJUD
Sujud lega sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, Kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat Dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. Dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. Dan mereka menggalakkan Kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan Dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat Dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud Dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat Dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi Dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah Dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat Dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah Dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan Kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur Dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali Gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

KHASIAT BISMILLAH

BIASAKAN PADA WAKTU MULA MELAKUKAN SESUATU
1. Bismillah Hirrahman Nirrahim

Ertinya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
SESUNGGUHNYA....
Bismillah mengandungi 19 huruf. Sesiapa yang membacanya sekali, Allh SWT akan menjadikan 19 malaikat bagi setiap hurufnya untuk mendoakan serta menyelamatkan pembacanya dari azab api neraka Dan yamul qiamah.

2. Setiap DOA yang di mulakan dengan Bismillah, TIDAK akan ditolak.

3. Dengan membaca Bismillah sebanyak 21 kali, sebelum tidur. Seseorang itu akan dipelihara daridapa segal kejahatan syaitan, jin, manusia, pencuri Dan kematian yang mendadak serta terhindar dari segala penyakit Dan bala.

4. Sebenarnya Allah Ada beribu-ribu nama Dan semuanya terkandung dalam Bismillah. Jsuteru, sesiapa yang membcanya, seolah-olah dia menyebut semua nama Allah yang beribu-ribu itu.

5. Menurut mafhum hadith, Rasulullah pernah menyatakan bahawa, "setiap pekerjaan yang baik itu jika tidak dimulakan dengan Bismilah, IA akan terputus daripada keberkatan."

6. Jika Kita membaca Bismillah sebanyak 100 kali, tujuh Hari berturut-turut untuk sesuatu penyakit atau sihir, pasti sembuh. Insya Allah.

7. Jika Kita membaca Bismillah sebanyak 113 kali pada Hari Jumaat ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa bersama khatib minta Allah mengkabulkan hajat, pasti akan diperkenankan.

8. Sesiapa membaca Bismillah sebanyak 313 kali ketika matahari terbit pada Hari Ahad sambil menghadap kiblat pasti Allah akan kurniakan rezeki yang tidak terbatas.

9. Sesiapa membaca Bismillah sebanyak 786 kali de ngan ikhlas Dan yang suci serta berkeadaan bersih untuk sesuatu hajat atau perkara yang diredhai atau untuk mengelak bala. Pasti akan dimakbulkan. Lebih mujarab jika Kita berpuasa.

SURAH YAASIN DAN KHASIATNYA

BACALAH SURAH YAASIN DENGAN YAKIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.

Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.

Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.

Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Friday, September 15, 2006

7 AMALAN HARIAN

UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni
dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai
melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip
perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat
sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika
menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang alam sehingga tak
terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu
mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

AMIN

PENAWAR KELETIHAN

INSYAALLAH TIADA RASA PENAT
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada
di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang
diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya
Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali
bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan
menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah
dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada
apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah
Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah
meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

POKOK YAHUDI

DIAMBIL DARI `INBOX E-MAIL' SAYA
Kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysia nie....harap2 dapt panggil majlis suroh tebang ok....Nama lain African boxthorn.
"Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat)...Di masjid tempat aku bersolat terawih di sini, ada istimewanya
kerana selepas salam kedua ada sedikit tazkirah sebelum disambung rakaat
yang seterusnya. Tazkirah ini tak lama, cuma dalam 5-6minit sahaja, tetapi cukup memberikan pengajaran dan ilmu. Malam ni, ustaz tersebut membaca sebuah hadith seperti di bawah.
Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan
membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di
sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara
menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. Betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini. Entah kenapa, hati aku teramat tertarik dengan hadith ini. selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith tersebut.banyak artikel yang terdapat dalam
internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga
dikenali dengan nama boxthorn. Dalam banyak2 halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel .
Halaman ini ialah Jewish National Fund.
Dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu dana
kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!
Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di
samping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini
tinggal. JNF ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220
juta pokok dan projek2 lain.wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu.
tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka
sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap
menentang Islam."

Wednesday, September 13, 2006

MELAYU MURTADKAN MELAYU

DIAMBIL DARI `INBOX EMAIL' SAYA
Assalammualaikum... ................

MELAYU MURTADKAN MELAYU ?????

Semalam rakan saya dan keluarganya menziarah jiran lama di setapak
jaya. Di antara perbualannya (panggilan kakak Ani), anak sulong nya (lelaki)
hampir-hampir berjaya dimutadkan oleh seorang gadis melayu yang berusia 17 tahun.
Gadis ini kini sedang menduduki tingkatan 5 sekolah Gaffar Baba, Melaka.
Ia merupakan top student yang berjaya dikristian. Namanya Nurul Ain binti Rosli,
nama kristiannya Kristina Lopez.Anak kakak ini berkenalan melalui internet (chat);
dipendekkan cerita gadis ini telah memberi minum air (holy water) yang menyebabkan
anak kakak ini lupakan keluarga. Keluarga membuat repot polis untuk mencari anak nya.
Mereka ditemui di Tambak Johor untuk ke Singapura agar dapat dikristiankan di sana.
Percubaan mereka gagal, lansung melarikan diri ke Gua Musang. Alhamdullillah bapa
saudara si anak lelaki ini dapat mengesan dan terus menghantar pulang ke setapak.
Kini dia sedang menjalani rawatan pemulihan, di sini saya sertakan gambar
gadis tersebut. Tolonglah selamatkan generasi kita yang sedang
leka.....Apa akan berlaku seterusnya kalau begini....?????
Sama-samalah kita mengambil ikhtibar.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda : Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...






PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

INI ADALAH CONTOH SURAT PERMOHONAN

Suami bin Lelaki
18, Jalan Darat,
12345, Kuala Lumpur


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Darat,
12345, Kuala Lumpur


31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

1. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.

2. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang
telah hilang selama ini.

3. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

4. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1
hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

5. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

6. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

7. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


P/S : KALAU BERANI...BUAT LAH!!! hiihihihihihi.....

KISAH SAUDARA BARU

PERJALANANNYA MASUK ISLAM
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara
spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai
dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -
Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -
1) Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
2) Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
3) Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
1) Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
2) Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
3) konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time.
Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta insyaallah

Friday, August 25, 2006

ILMU MEMAGAR DIRI & RUMAH

DI AMALKAN OLEH PARA ANBIYA DARI ANCAMAN SIHIR DAN PENCURI
Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.
Caranya.:
1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir keranaAllah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dansemasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satutembuk empat persegi yang sempurna.
5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untukyg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentangmasa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula.
Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnyatidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baikdan tunjukkan dia jalan keluar.Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalahmenakjubkan(dengan keizinan allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri
Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalanmasuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perluperhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

SUARA DARI PERUT BUMI

DI CERITAKAN DARI PAKAR KAJI BUMI RUSSIA
Penemuan terakhir ini adalah penemuan yang sangat mengejutkan pendengaran kami, dengan penemuan ini banyak dari peneliti kami yang berhenti dari pekerjaan inikarena ketakutan. Pada awalnya kami hanya hendak mendengarkan pergerakan bumidengan interval tertentu dan mendengarkan Super Sensitive Microphone yang masuk kedalam bilik- bilik atau lubang-lubang bumi dan reruntuhan galian. Pada awalnya kamimenyangka apa yang kami dapat itu adalah gesekan dari alat-alat kami padadinding-dinding perut bumi, tetapi suara ini menghancurkan seluruh logika kami.Setelah beberapa penyesuaian kami berkesimpulan bahwa suara ini berasal dariinterior bumi, jadi seakan-akan di dalam perut bumi ini ada ruang lain yang berbeda daritempat yang kami gali, dan dari ruangan tersebutlah kami tidak mempercayai apayang kami dengar. Kami mendengar dari ruang bumi yang lain itu ada suara manusiaberteriak keras dalam kesakitan. Walaupun satu suara didengar, kami dapat mendengarribuan bahkan jutaan latar belakang suara manusia yang sedang dalam kesakitan akibat penyiksaan. Setelah penemuan yang sangat mencenangkan ini, setengah dari peneliti kami berhenti karena takut. Yang sangat mengejutkan lagi, bagi orang Soviet itu adalah setelah suara tersebut direkam, pada malam yang sama, keluarlah semacam gas atau kabut yang terang dari lokasi penggalian gas. Gas atau kabut tersebut keluar dengan membentuk pilar-pilar dan tulisan yang membentuk seperti sayap kelelawar (seperti lafadz ALLAH, wallahu’alam), lalu menampakkan dengan sendirinya dengan bahasa Rusia yang artinya AKU TELAH MENAKLUKKAN atau AKU TELAH MENUNDUKKAN. Tulisan itu terlihat di awan di Siberia yang gelap. Kejadian itu sangat tidak masuk akal orang-orang Soviet karena sedang akan diteror. Beberapa saat setelah itu datanglah ambulance ke kumpulan orang-orang tersebut dan memberikan obat yang dapat menghilangkan memori dengan singkat. Sebagai perawatan kepada korban yang melihat keajaiban itu (ini mungkin agar kejadian ini tetap dirahasiakan). Nah, sebagai komunis, Saya tidak percaya adanya surga dan Injil, tetapi sebagai Ilmuwan sekarang Saya percaya adanya NERAKA. Sangat sulit diungkapkan dengan kata-kata, apa yang Kami temukan, apa yang Kami lihat dan apa yang Kami dengar. Dan sekarang kami yakin bahwa kami menggali dekat, dekat sekali dengan PINTU NERAKA.” Lalu R. Azzacove melanjutkan, “Mesin penggali tiba-tiba berputar dengan sangat cepat ketika Kami mencapai salah satu kulit bumi, tempereturnya menunjukkan hingga 2000 derajat Fahrenhait, lalu kami mendekatkan microphone itu disana untuk mendengarkan pergerakan bumi, tetapi, yang terdengar adalah suara manusia, bahkan teriakan manusia dalam kesakitan. Pertama kami mengira suara itu adalah suara mesin. Tetapi setelah melakukan kajian ulang atas suara itu, suara yang terdengar adalah suara manusia bukan hanya satu orang, mungkinjutaan manusia yang sedang dalam siksaan dan kesakitan. Apakah Anda tahu kenapa acques Costeau, seorang penjelajah dalam air berhenti beberapa saat sebelum dia mati? Dia berhenti karena dia juga pernah mendengar suara jeritan manusia di dalam air ketika ia sedang menjelajah di dalam air. Dan dalam kesempatan lain juga salah satu anak buahnya menemukan hal yang sama ketika ia sedang melakukan penjelajahan di sekitar SEGITIGA BERMUDA. Setelah ia sembuh dari shock yang sangat berat, kemudian ia menceritakan bahwa ia mendengar jeritan manusia yang banyak yang sedang disiksa di dalam perut bumi.”
Wallaahu ‘alam…
Klik sini untuk suara tu.

Wednesday, August 23, 2006

KOLEKSI GAMBAR MENARIK

SATE LIPAN. ADA BERANI???

AMIK KO...LAKHNAT NYE ISRAEL!!!!

KROOHH!! KROOOHHH!!!!

ANAK LANDAK

WAKAKAKAKAKA!!!!

MENJOLOK MATA. BERANI!!!

KAU DAN AKU SAMA JEEEE....

AKU PUNYA KERJA

1) NAK BELI HANDPHONE?
AKU ADA CONNECTION JUAL BELI HANDPHONE BARU & TERPAKAI. TETAPI LEBIH KEPADA URUSAN JUAL HANDPHONE. KALAU NAK HANDPHONE BARU & TERPAKAI DENGAN HARGA MURAH & BERPATUTAN, BAGI TAU AKU.

2) NAK BELI KERETA?
HAAAA... YANG INI MESTI ENGKORANG MINAT. SESIAPA NAK BELI KERETA BARU OR TERPAKAI, MASALAH DOKUMEN TAK LENGKAP KE, APE KE, AKU BOLEH SETTLE & CONSULT ENGKORANG CAMNER NAK DAPATKAN KERETA IDAMAN KORANG.

3) URUSAN JUAL BELI RUMAH?
MEMBER AKU LEH TOLONG PASAL NIH. PASAL LAWYER KE APE KE...INSYAALLAH SEMUA BOLEH DI URUSKAN.

Tuesday, August 22, 2006

TEROPOOONG!!!!

KO NAMPAK APE YANG AKU NAMPAK???

SALAM NGAN BOSS AKU...


MASA NI ADA JAMUAN MAKAN2 KAT OPIS AKU. SALAM ADA MAKNA TU.....
BOSS TAHUN NI, ADA BONUS TAK???

INILAH AKU!!!!!

ENSEM TAK AKU? SAMBIL KOREK TAIK HIDUNG. WAKAKAKA...