KISAH BENAR DARI SEORANG SAHABAT
DIAMBIL DARI `INBOX EMAIL' SAYA
Assalamualaikum, I feel its a good to relay to everyone kisah benar yang
saya lalui.
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn
rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan
berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada
banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang
tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke
surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah
berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam
bahasa Melayu dan Inggeris (speaking landong lagi) yang agak baik. Beliau
cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau
'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang
betul-betul juga.
Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya
betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan
jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah
Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita,
kata pak cik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti
ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi
tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak
cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena
dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi,
katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab,
dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai
ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun,
insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan
orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul
juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang.
Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda.
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana
ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati.
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu
ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati
tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata
pakcik.
Ketiga, kuat fizikal.
Kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik.
Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal.
Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta
diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima
kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya
sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.
Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak.

No comments:
Post a Comment